Jam Sukan, Kenapa Aku Sangat Suka

Ok kalau anda nak tahu, aku memang sangat suka dengan jam jenis sport.

Sebab utamanya adalah kerana design dan penampilan yang nampak sangat cool dan bergaya.

Sebenarnya jam tangan jenis ini direka khas memang untuk golongan yang suka bersukan. Tidak kira anda bersukan dalam air atau darat, memang anda boleh manfaatkan setiap masa dan ketika.

Biarpun teknologi berkembang, smartphone tidak akan dapat menggantikan posisi jam untuk melihat masa.

Sebabnya kita tak akan bawa handphone kemana-mana. Tambahan bateri handphone memang selalu cepat habis.

Ada beberapa ciri khas jam sukan yang direka oleh Adidas dan nike misalnya. Ciri-ciri ini direka supaya anda dapat maksimakan penggunaan jam sewaktu bersukan,. Antaranya :

#Kalis Air

Jika anda seorang yang gemar melakukan aktiviti di dalam air seperti berenang, berkayak, skuba atau mana-mana sukan air, anda perlukan jam yang betul-betul kalis air bukan sekadar water resistant sahaja.

Tetapi khas untuk mereka yang skuba jauh ke dalam laut, anda memerlukan jam yang sedikit berbeza kerana tekanan di dalam air semakin dalam semakin kuat.

Rotary divers watches merupakan alternatif yang sangat bagus untuk anda yang suka menyelam ke dasar laut.

#Stop Watch

Jika anda terlibat dalam mana-mana sukan yang melibatkan perlumbaan maka jam yang ada kemudahan stop watch adalah yang terbaik.

Banyak jenama jam yang mengeluarkan jam jenis ini contohnya Casio.

Dengan kemudahan ini bagi mereka yang sentiasa ingin perbaiki prestasi dari semasa ke semasa sangatlah membantu. Biasanya pelari pecut sentiasa menggunakan jam jenis ini.

#Timerduramo watch

Fungsi timer juga berguna untuk banyak jenis sukan, dan Adidas merupakan pengeluar jam yang terawal yang memuatkan fungsi ini ke dalam jam.

Jika anda bermain sukan yang mempunyai tempoh masa terhad seperti bola keranjang dan bola sepak, jam ini sangatlah membantu untuk lihat berapa tempoh masa yang tinggal supaya dapat menyusun stratergi terbaik.

Juga fungsi ini boleh membantu membaiki prestasi diri dengan set masa kemudian push berkali-kali sehingga anda berjaya kalahkan masa tersebut.

#Tahan Lasak

Ciri paling utama jam sukan ini adalah tahan lasak. Anda bersukan kasar macam mana pun jika anda beli jam jenis ini memang akan bertahan lebih lama berbanding jam biasa.

Sudah semestinya jam sukan lebih tahan berbanding handphone. Banyak design poket sekarang yang membuatkan kita boleh dengar lagu dan set timer dengan smartphone.

Tapi sekali handphone tersebut jatuh memang berkecai dan harganya lebih mahal daripada jam tangan adidas yang original.

Jadi gunakanlah jam sewaktu bersukan. Tidak mudah tertanggal dan tahan dengan apa jua keadaan.

Kesimpulannya

Jam tangan memang aksesori utama untuk ahli sukan.

Tidak kira anda gunakan untuk tidak bersukan seperti lihat jam pukul berapa atau anda tingkatkan manfaatnya dengan menggunakan kemudahan dalam jam seperti yang dah disenaraikan diatas.

Mungkin menjadi dilema  sekiranya anda masih belum ada jenama jam yang anda minat.

Atau anda pertama kali membeli jam sukan tanpa ada pengetahuan asas tentang jam.

Kalau saya boleh nasihatkan, buat sedikit kajian atau lihat review pengguna yang telah menggunakan jam adidas tersebut.

Dan pastikan beli jam sport yang original. Walaupun sedikit mahal tapi tahan lama dan tidak perlu sentiasa bertukar-tukar kerana rosak berbanding anda beli di pasar malam yang replika.

Jadi itu sahaja celoteh atau perkongsian aku kenapa aku suka sangat jam sport ni. Harap bermanfaat buat pembaca sekalian.

Terima kasih semua =)

 

Posted in Perkongsian Hidup | Leave a comment